Monday, August 17, 2009

KEMPEN MENCEGAH WABAK H1N1

Kempen ini dibawah unit Hal Ehwal Murid dalam Program 3K Kesihatan

Matlamat:

  • Memberi kesedaran kepada semua warga sekolah SK Seri Comel tentang bahaya wabak H1N1.
  • Memberitahu semua warga tentang cara-cara mencegah wabak H1N1 ini daripada merebak.
  • Memastikan semua warga sekolah mengamalkan langkah mencegah penyakit H1N1 ini daripada berjangkit.


Aktiviti:

  • Memasang poster ditempat strategik tentang bahaya H1N1
  • Menampal bahan bacaan tentang H1N1 di setiap kelas
  • Taklimat kepada warga sekolah tentang bahaya H1N1 dan langkah-langkah mencegahnya ditapak perhimpunan oleh guru-guru bertugas mingguan setiap hari.
  • Menerangkan cara-cara membasuh tangan kepada murid dengan betul oleh guru Pendidikan Kesihatan
  • Memastikan setiap tandas bersih dan mempunyai sabun antiseptik memcuci tangan
  • Mengadakan gotong-royong membersihkan kelas
  • Kempen memakai topeng muka
  • Memastikan murid yang demam dihantar ke klinik kesihatan berhampiran
  • Mengambil suhu badan murid yang demam
  • Mengedarkan pekeliling yang dihantar o;eh Jabatan Pelajaran tentang langkah-langkah mencegah H1N1 kepada ibubapa dan penjaga murid.
  • Solat hajat memohon diberhentikan wabak H1N1.

No comments:

Post a Comment