Penubuhannya pada awal 1954 diasaskan oleh penduduk tempatan yang dipengerusikan oleh Allahyarham En. Mohd. Nor Bn Abu Bakar. Tanah tapak seluas 3 ekar diwakafkan oleh Allahyarham Tuan Haji Hassan, seorang penduduk tempatan.
Bangunan asal sekolah ini dibna secara bergotong-royong dan sumbangan kerajaan beberapa bahan binaan bernilai RM400.00.Disebabkan kecemerlangannya, sekolah ini dinamakan Sekolah Melayu Sri Chomil pada awal 1954.
Sekolah ini dirasmikan pada 2.1.1955 oleh Tuan Syed Esa bin Syed Alwee, Nazir sekolah-sekolah Melayu Batu Pahat Kluang.
Bangunan asal sekolah 20 kaki x 80 kaki didirikan secara gotong-royong dan bantuan kerajaan pada tahun 1954.Tambahan bangunan dibuat pada tahun 1958 dengan 60 kaki menjadikan 20 kaki x 140 kaki. Bangunan sekolah terdiri daripada 1 blok 4 bilik darjahdi bawah projek Kementerian Pelajaran Rancangan Malaysia pertama pada tahun 1969 bernilai RM20 000.00. Pada tahun 1972, bangunan 2 tingkat, 6 bilik darjah dan kantin dibina menelan belanja sebanyak RM 103 000.00 dan bangunan asa SK Seri Comel dirobohkan. Projek terbaru iaitu sebuah makmal komputer yang telah didirikan pada tahun 2004, sebuah kelas Prasekolah disediakan dengan penubahsuaian 2 bilik darjah di block A oleh Kementerian Pelajaran Pelajaran beserta taman, bilik air dan dapur.
Pada 5.2.1980, Sekolah Kebangsaan Seri Comel dianugerahkan Jubli Perak kerana genab usianya 25 tahun.
*Pada tahun 1965-1967, sebilangan murid ditempatkan di Balai Raya Parit Abdul Rahman dan Balai Raya Parit Betong kerana bilangan murid yang ramai dan bangnan yang terhad.
Sunday, July 19, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment